Monday, February 15, 2021

Masalah - masalah kebocoran yang selalu terjadi Part 1.

Post kali ini saya akan detailkan masalah - masalah normal yang selalu jadi di premis anda. Pembaca boleh rujuk dan jika masalah anda tidak diterangkan di sini, boleh terus hubungi saya di wasap.my/+60193964346 untuk rujukan.

1)Masalah kebocoran di sekeliling salur buang (downpipe)

- Gunakan kaedah PU Grouting. Tak perlu ikut nasihat kontraktor dengan memecah tiles keseluruhan sebab masalah akan jadi semula selepas beberapa bulan estimated dalam 6 bulan. Kenapa?Saya terangkan di bawah.

Salur yang dipasang itu menembusi struktur konkrit. Ada kontraktor yang menggunakan kaedah "coring" untuk membuat lubang bagi pemasangan salur iaitu kaedah yang betul dan ada yang pakai hentam dengan menggunakan hammer drill / jack hammer pecahkan struktur konkrit ke bawah. 

Isu kedua adalah konkrit dan plastic pvc (salur downpipe tersebut) mempunyai "gap" atau ruang diantara konkrit dan permukaan salur plastik pvc tersebut yang menyebabkan air mudah meresap sekeliling salur tersebut.

Di situ kita gunakan cecair PU untuk "seal" kan ruang tersebut. 

Jika anda memecah tiles dan membuat pemasangan semula lapisan kalis air, adakah kita membaiki punca sebenar masalah??

Contoh Gambar Masalah (1)

-Selalu terjadi jenis rumah 2 tingkat / Condo / Apartment / Flat

- Biasa jadi di salur bilik air (Gully trap/salur najis dll







Namun ada juga kes disebabkan salur yang bocor contoh seperti salur menggunakan offset connector bagi salur najis.

Kes seperti itu disebabkan lubang yang coring dibuat salah atau lari posisi dan lubang toilet bowl yang sudah dibeli tidak dapat dipasang tepat pada lubang tersebut. Kes macamini bias mereka akan menggunakan offset connector dan ia adalah salah satu punca kebocoran berlaku.Kes begini tidak boleh dibaiki menggunakan PU Grouting kerana cecair PU akan masuk ke dalam salur dan tersumbat.

Bagaiman ingin membezakan punca masalah kebocoran dari mana??

- Carilah applicator yang faham, dan tau apa yang mereka buat. Soalan mudah untuk ditanya kepada applicator jika betul mereka faham apa mereka buat, ada berapa jenis PU yang boleh digunakan untuk membaiki kebocoran??

ATAU

Hubungi kami di 0193964346 untuk memudahkan urusan tuan/puan.

Terima kasih


Tuesday, June 16, 2020

Kaedah membaiki kebocoran konkrit yang terdedah (Part 1)

Bagi masalah resapan di slab konkrit luar rumah seperti di porch parking kereta dan slab extension rumah, kami sarankan untuk membaiki dengan dua kaedah secara umum. Post kali ini akan menerangkan secara umum kaedah yang pertama.

1) Torch Applied Membrane (Tikar bitumen)

Secara umum, kaedah ini menggunakan membrane bitumen dan dipasang di permukaan slab. Kaedah pemasangannya menggunakan haba dari api untuk mencairkan lapisan bitumen di bawah permukaan tikar membrane dan dilekatkan di atas permukaan slab.

Kaedah ini adalah satu kaedah yang kami gunakan bergantung kepada keadaan permukaan slab. Jika permukaan slab / render simen telah menunujukkan retakan yang ketara / sambungan extension rumah (Cold Joint) atau pelanggan inginkan satu sistem yang tahan lama, ini adalah pilihan bagi membaiki permukaan slab anda dari resapan air hujan.

Advantage atau kebaikan kaedah ini adalah :

- Tahan lama (Shelf life 10+ tahun)
- Sesuai bagi permukaan slab yang menjadi tempat lalu lalang (high trafficking area)
- Ketahanan yang tinggi (wear and tear) terhadap cuaca dan takungan air.
- Menutup retakan dan retakan tidak akan timbul semula selepas rawatan

Keburukan atau disadvantage kaedah ini pula ialah :

- Kaedah memasang memerlukan kemahiran applicator. Jika tidak dipasang dengan sempurna akan menyebabkan membrane tertanggal dari permukaan slab disebabkan resapan air di antara permukaan slab dan membrane itu sendiri.

Bagi pemasangan sistem ini adalah amat penting untuk mendapatkan applicator yang berkemahiran bagi memastikan pemasangan yang sempurna.

Bagi sebarang pertanyaan / sebutharga / lawatan bagi pemeriksaan boleh hubungi kami di :

https://wa.me/60166318638

Kami akan membantu / memberi nasihat bagi setiap masalah kebocoran konkrit di premis komersial dan persendirian anda!

Sunday, October 22, 2017

MEMECAH TILES UNTUK MEMBAIKI KEBOCORAN SLAB LANTAI BILIK AIR???

MEMECAH TILES UNTUK MEMBAIKI KEBOCORAN SLAB LANTAI BILIK AIR???

Secara umum kebanyakan kontraktor akan mengusulkan pembaikian lantai bilik air bocor dengan memecah dan render semula layer waterproof dan memasang tiles baru..

Secara purata data yang kami kumpul, dari 10 kes hanya 3 yang selesai dengan memecah tiles dan render semula. Selebihnya mereka memanggil kami untuk membaiki masalah tersebut.



Masalah yang timbul jika anda memilih untuk memecah tiles bagi menyelesaikan masalah kebocoran slab lantai di rumah anda :

1) Jaminan kerja
- Jika selepas selesai memecah dan memasang semula tiles adakah anda diberi perjanjian mengatakan kerja - kerja mereka diberi jaminan?bagaimana anda ingin claim semula jika masalah berulang semula?Adakah kontraktor tersebut perlu memecah dan render semula???

2) Bocor kecil tapi pecah seluruh lantai
- Contoh yang saya boleh beri, kebocoran hanya di sekeliling salur dan anda terpaksa membayar / menanggung kos untuk keseluruhan bilik air?? Adakah praktikal?

3) Jangkamasa kerja 
- Mengambil masa yang lama untuk memecah / membersihkan / render / pasang tiles semula dan kita boleh bayangkan keadaan berhabuk dan kotor ketika kerja - kerja sedang berjalan.

4)Point paling penting , keberkesanannya?????
- Saya selalu menekankan kepada pelanggan kami agar membezakan terms "Membaiki" dan "Mencegah". MENCEGAH kebocoran adalah membuat render waterproof pada permukaan konkrit bilik air tersebut manakala MEMBAIKI kebocoran adalah kaedah kami.PU Injection Grouting.

Ikuti perkembangan projek kami di FB : PU Injection Services

KENAPA MEMBAIKI DAN TIDAK MENCEGAH???

Slab yang bocor perlu dibaiki..Apabila konkrit sudah bocor,langkah mencegah sudah tidak lagi berkesan.

Hubungi Person In Charge Kami Encik Zakaria di 019-3964346 bagi sebarang urusan pertanyaan,sebutharga dan juga appointment untuk inspection secara percuma!!

Klik link ini untuk terus berhubung dengan PIC kami : PU Injection Services

Monday, September 25, 2017

PU Grouting


Lokasi : Ampang

Jenis rumah : Apartment

Masalah : Air meresap melalui konkrit di sekeliling salur dari tingkat atas

Aktiviti kerja : Membaiki / seal konkrit yang porous di sekeliling salur dengan menggunakan kaedah PU Injection Waterproofing..

Salah satu masalah yang "common" yang selalu para pelanggan kami hadapi..
Kebocoran di sekeliling salur adalah disebabkan struktur konkrit dan permukaan salur tersebut yang lemah dan mudah untuk air meresap dan membentuk laluan air di sekeliling salur ke tingkat bawah..

Sila Klik untuk memudahkan urusan pertanyaan / sebutharga / nasihat di

http://www.wasap.my/+60193964346


Ikuti segala perkembangan kami di pages FB kami di : https://www.facebook.com/plumbingBBB





ELAKKAN MEMILIH KAEDAH YANG SALAH MEMBAIKI KEBOCORAN KONKRIT SLAB DAN BEAM DI RUMAH PERSENDIRIAN / BANGUNAN KOMERSIAL ANDA!!


Adakah PREMIS / RUMAH / PEJABAT anda mengalami masalah seperti di dalam gambar ini??

Kami menyediakan servis PU Injection Grouting,penyelesaian terbaik yang boleh menyelesaikan masalah kebocoran slab dan beam konkrit anda tanpa :

📌Memecah tiles dan hacking permukaan konkrit!!

📌Kesan serta merta mengambil masa kurang 20 minit untuk memberhentikan kebocoran!!

Hubungi / whatsapp kami di http://www.wasap.my/+60193964346 untuk sebarang pertanyaan / sebutharga / dll..

Kami menyediakan servis Inspection secara percuma!!


Ikuti perkembangan terkini kami di https://www.facebook.com/plumbingBBB

Monday, December 12, 2016

Merawat kebocoran dinding dan slab

Di gambar kita dapat lihat bagaimana Chemical PU yang ditembak ke dalam dinding meleleh ke bahagian yang "porous".

PU yang telah ditembak akan berinteraksi dengan air dan "expand" dan menutupi bahagian yang kosong di dalam dinding / slab.

Chemical ini adalah "water repellent" dan bahan ini berkembang didalam dinding dan menutup bahagian atau ruang - ruang ksong di dalam dinding.

Rawatan ini adalah rawatan paling efektif setakat ini untuk merawat kebocoran dinding /slab atau pun lantai.

Apakah akibat Slab / Lantai / Dinding Bocor kepada Isi rumah dan perkakas?

1) Cat pada dinding akan merekah
2) Lampu atau perkakas akan rosak akibat lelehan air pada lampu dan perkakas tersebut
3) "Stalagtit" akan terbentuk
4) Kelembapan di dalam ruang rumah akan bertambah dan boleh mengakibatkan kerosakan pada perabot dan kesihatan bagi penginap rumah tersebut.

"Effects of High Humidity on Your Health. ... Dust mites also love humidity, and they're one of the biggest enemies for people who suffer from asthma and allergies. Needless to say, all sorts of bacteria can be found in spaces with high relative humidity."



Hubungi kami di http://www.wasap.my/+60193964346 untuk Servis Chemical Injection (Grouting) dan segala masalah paip anda. Kami akan membuat inspection dan quotation secara PERCUMA!

Ikuti perkembangan kami di FB pages kami di :

https://www.facebook.com/plumbingBBB












Tuesday, December 6, 2016

Kesan kebocoran lantai / dinding / dan bumbung kepada isi dalam rumah?

Kebocoran pada lantai contohnya bagi yang mendiami rumah flat / apartment atau rumah bertingkat akan lebih teruk terjejas. Kebocoran juga memberi impak kepada jiran seperti isu kebocoran lantai akan menjejaskan jiran yang tinggal di tingkat bawah.

Kebocoran pada lantai atau slab akan merosakkan perabot, menjejaskan permukaan dinding atau slab itu sendiri. Keadaan lebih teruk apabila kebocoran melibatkan sambungan conceal pendawaian rumah atau bangunan jika tidak ditangani dari awal.

Rawatan yang paling efektif untuk kebocoran ada disini.

Kami menyediakan servis Chemical Injection untuk rawatan kebocoran dinding/slab dan juga lantai dari "dalam" dengan waranti 100%





Dari gambar di atas kita dapat lihat bagaimana chemical tersebut memenuhi ruang kosong di dalam slab yang porous. Chemical tersebut akan mengembang dan mengeras dan menutupi semua ruang kosong di dalam slab dinding atau lantai.

Kami boleh dihubungi di http://www.wasap.my/+60193964346 untuk FREE INSPECTION DAN QUOTATION!

Ikuti perkembangan terkini kami di FB pages kami di :

https://www.facebook.com/plumbingBBB