Tuesday, June 16, 2020

Kaedah membaiki kebocoran konkrit yang terdedah (Part 1)

Bagi masalah resapan di slab konkrit luar rumah seperti di porch parking kereta dan slab extension rumah, kami sarankan untuk membaiki dengan dua kaedah secara umum. Post kali ini akan menerangkan secara umum kaedah yang pertama.

1) Torch Applied Membrane (Tikar bitumen)

Secara umum, kaedah ini menggunakan membrane bitumen dan dipasang di permukaan slab. Kaedah pemasangannya menggunakan haba dari api untuk mencairkan lapisan bitumen di bawah permukaan tikar membrane dan dilekatkan di atas permukaan slab.

Kaedah ini adalah satu kaedah yang kami gunakan bergantung kepada keadaan permukaan slab. Jika permukaan slab / render simen telah menunujukkan retakan yang ketara / sambungan extension rumah (Cold Joint) atau pelanggan inginkan satu sistem yang tahan lama, ini adalah pilihan bagi membaiki permukaan slab anda dari resapan air hujan.

Advantage atau kebaikan kaedah ini adalah :

- Tahan lama (Shelf life 10+ tahun)
- Sesuai bagi permukaan slab yang menjadi tempat lalu lalang (high trafficking area)
- Ketahanan yang tinggi (wear and tear) terhadap cuaca dan takungan air.
- Menutup retakan dan retakan tidak akan timbul semula selepas rawatan

Keburukan atau disadvantage kaedah ini pula ialah :

- Kaedah memasang memerlukan kemahiran applicator. Jika tidak dipasang dengan sempurna akan menyebabkan membrane tertanggal dari permukaan slab disebabkan resapan air di antara permukaan slab dan membrane itu sendiri.

Bagi pemasangan sistem ini adalah amat penting untuk mendapatkan applicator yang berkemahiran bagi memastikan pemasangan yang sempurna.

Bagi sebarang pertanyaan / sebutharga / lawatan bagi pemeriksaan boleh hubungi kami di :

https://wa.me/60166318638

Kami akan membantu / memberi nasihat bagi setiap masalah kebocoran konkrit di premis komersial dan persendirian anda!