Monday, February 15, 2021

Masalah - masalah kebocoran yang selalu terjadi Part 1.

Post kali ini saya akan detailkan masalah - masalah normal yang selalu jadi di premis anda. Pembaca boleh rujuk dan jika masalah anda tidak diterangkan di sini, boleh terus hubungi saya di wasap.my/+60193964346 untuk rujukan.

1)Masalah kebocoran di sekeliling salur buang (downpipe)

- Gunakan kaedah PU Grouting. Tak perlu ikut nasihat kontraktor dengan memecah tiles keseluruhan sebab masalah akan jadi semula selepas beberapa bulan estimated dalam 6 bulan. Kenapa?Saya terangkan di bawah.

Salur yang dipasang itu menembusi struktur konkrit. Ada kontraktor yang menggunakan kaedah "coring" untuk membuat lubang bagi pemasangan salur iaitu kaedah yang betul dan ada yang pakai hentam dengan menggunakan hammer drill / jack hammer pecahkan struktur konkrit ke bawah. 

Isu kedua adalah konkrit dan plastic pvc (salur downpipe tersebut) mempunyai "gap" atau ruang diantara konkrit dan permukaan salur plastik pvc tersebut yang menyebabkan air mudah meresap sekeliling salur tersebut.

Di situ kita gunakan cecair PU untuk "seal" kan ruang tersebut. 

Jika anda memecah tiles dan membuat pemasangan semula lapisan kalis air, adakah kita membaiki punca sebenar masalah??

Contoh Gambar Masalah (1)

-Selalu terjadi jenis rumah 2 tingkat / Condo / Apartment / Flat

- Biasa jadi di salur bilik air (Gully trap/salur najis dll







Namun ada juga kes disebabkan salur yang bocor contoh seperti salur menggunakan offset connector bagi salur najis.

Kes seperti itu disebabkan lubang yang coring dibuat salah atau lari posisi dan lubang toilet bowl yang sudah dibeli tidak dapat dipasang tepat pada lubang tersebut. Kes macamini bias mereka akan menggunakan offset connector dan ia adalah salah satu punca kebocoran berlaku.Kes begini tidak boleh dibaiki menggunakan PU Grouting kerana cecair PU akan masuk ke dalam salur dan tersumbat.

Bagaiman ingin membezakan punca masalah kebocoran dari mana??

- Carilah applicator yang faham, dan tau apa yang mereka buat. Soalan mudah untuk ditanya kepada applicator jika betul mereka faham apa mereka buat, ada berapa jenis PU yang boleh digunakan untuk membaiki kebocoran??

ATAU

Hubungi kami di 0193964346 untuk memudahkan urusan tuan/puan.

Terima kasih